Zaman Orang Tidak Tahu Dari Mana Dapatnya Harta

ZAMAN DIMANA ORANG TAK PEDULIKAN DARI MANA MENDAPATKAN HARTA





Ertinya:Daripada Abu Hurairah r.a. berkata, bersabda Rasulullah saw, "Akan datang suatu zaman seseorang tidak memperdulikan dari mana ia mendapatkan harta, apakah dari sumber yang halal atau pun haram". H.R. Muslim

          Keterangan:-

          Di zaman sekarang ini merupakan zaman KETANDUSAN ROHANI dan zaman MATERIALISME, segala sesuatu adalah bernilai dengan nilai harta. Manusia cakar mencakar untuk memperolehi sebanyak mungkin HARTA kekayaan. Mereka tidak memperdulikan dari mana datangnya harta yang diperolehi, apakah dari sumber yang HALAL atau dari sumber yang HARAM. Yang penting, harta dapat dikumpulkan sebanyak-banyaknya untuk memenuhi kehendak NAFSU atau pun untuk melayan kehendak isteri atau anak-anak ..

         KESIMPULAN

         Zaman ini sangat semakin hampir dengan kita kerana kebanyakan manusia zaman sekarang memang sibuk dengan hal-hal dunia iaitu dengan bersusah payah mengumpul harta dunia untuk kemewahan diri atau keluarga dan tidak bersusah payah mencari kemewahan untuk akhirat.Hanya ini sahaja yang dapat saya coretkan untuk tugasan saya kali ini dan saya akan mencari idea-idea yang lagi baik untuk penulisan yang akan datang.
Wassalam.

Ulasan

Catatan Popular