Jadikan Diri Disukai Orang Lain
" JADIKAN DIRI DISUKAI RAMAI "
PASTI pernah berlaku dalam hidup di mana anda di kategorikan sebagai seorang yang tidak pandai bergaul ataupun ANTISOSIAL.Ini berlaku kerana anda tidak tahu cara yang betul untuk menambah lebih ramai rakan.Mungkin kerana anda seorang yang PEMALU ataupun kurang keyakinan diri. Di sini saya ada sedikit TIPS untuk anda menjadi lebih sosial ( masih ada lagi batas pergaulan ) dan berkawan dengan lebih ramai orang.
○ Jangan Jadi Si Pengotor ○
Anda pasti sedia maklum bahawa manusia suka berkawan dengan mereka yang pandai menjaga kebersihan diri.Mereka suka dekati rakan yang berbau harum dan bukan sebaliknya.Anda perlu memberus gigi dua kali sehari , mandi kerap dan selalu gunakan pewangi pada tubuh.Ini bukan sahaja menjadikan anda seorang yang pandai menjaga kebersihan tapi juga meningkatkan keyakinan diri.
○ Pilih Pakaian Yang Trendy ○
Kebanyakan remaja masa kini tidak gemar berkawan dengan orang yang selekeh dan pengotor.Oleh itu, cuba anda fikirkan apa mesej yang ingin disampaikan melalui cara berpakaian.Adakah anda ingin kelihatan ceria dan bertenaga? Buat pilihan.Cari pakaian yang mengikut fesyen terkini.Elakkan daripada mencuba pakaian yang tidak sesuai dengan anda kerana ini hanya menunjukkan diri anda yang terlalu mencuba untuk kelihatan menarik di hadapan orang lain.
○ Cari Fesyen Yang Menarik ○
Di dunia serba moden ini, buat kajian di internet untuk kelihatan lebih menarik dan menawan.Cari topik berkaitan gaya rambut dan pakaian mengikut kesesuaian fizikal dan rambut anda.Beringat utuk tidak kelihatan 'OVERDRESS'.Jika mahu bersolek, lihat 'TUTORIAL' di Youtube ataupun buat kajian mengenai solekan.
○ Perbetulkan Sikap ○
Sebenarnya untuk jadi lebih sosial, sikap itu yang memainkan peranan penting.Kerana sikap yang tidak baik, orang lain boleh memandang serong pada anda.Jika anda seorang yang cepat marah, cuba redakan kemarahan anda dan elakkan daripada pergaduhan.Diri yang penuh dengan nilai murni adalah penting untuk mendapat lebih ramai kawan.
○ Jadi Diri Sendiri ○
Jangan jadi seorang yang HIPOKRIT ketika memilih rakan baru.Kononnya perasan diri itu tidak baik dan seharusnya menukar PERSONALITI untuk kelihatan bagus di mata orang lain.Ia sebenarnya tidak bagus dan ini hanya membuatkan mereka bertambah meluat pada diri anda.Jadilah diri sendiri kerana PERSONALITI itulah yang membentuk diri kita sebagai seorang yang unik dan tersendiri tapi janganlah keterlaluan sehingga orang tidak suka ( naik menyampah)
○ Bercakap Dengan Orang Berlainan Setiap Hari ○
Hampiri orang yang anda tidak kenal ataupun mereka yang anda kenal hanya seketika.Tanyalah apa-apa pun asalkan ada TOPIK untuk di bincangkan.Mereka mungkin akan rasa SELESA jika terserempak dengan anda pada lain hari dan seterusnya menjadikan anda lebih rapat dengannya secara tidak sengaja.
copy & paste by :
http://arjunakasih23.blogspot.com/
copy & paste by :
http://arjunakasih23.blogspot.com/
Ulasan