Cara Mudah Promote Blog Anda
Belajar tentang blogger : Cara PROMOTE Blog Anda
Cara Mudah Promosi Blog Anda!!
Assalamualaikum w.b.t , salam hormat dan salam 1Malaysia
Kepada para-para blogger yang masih tertanya-tanya mengapa blog korang masih tak mendapat sambutan,macam blog aku ni (Hehehe).., Kerana walaupun dah lama or kepada blogger baru yang nak famous kan blog korang tu, kat sini aku nak SHARE dengan korang sikit macam mane nak promote blog korang tu dan menaikkan sedikit sebanyak trafik korang, bukan nak pandai mengajar tapi nak share, sharing is caring apa?? mudah-mudahan income masuk lebih masyuk dan blog anda di kenali ramai( follower berlambak), hehe..
gunakan cara ini sebaik mungkin dan rajin-rajin lah promote blog korang, yang penting mesti RAJIN..RAJIN dan RAJIN ! kalau MALAS, apa pun tak dapat, kan?? ^^
gunakan cara ini sebaik mungkin dan rajin-rajin lah promote blog korang, yang penting mesti RAJIN..RAJIN dan RAJIN ! kalau MALAS, apa pun tak dapat, kan?? ^^
1. Selalu up to date korang punya blog. Jangan biarkan artikel korang terpampang lama sangat. Macam mana orang nak datang blog korang kalau artikel dia sama je atau lebih senang cakap sudah basi.
2. Bagi benda yang pelawat boleh DOWNLOAD dari blog korang secara percuma.
3. Kenal pasti golongan pelawat yang datang ke blog korang. Contohnya blog macam jual tudung. Buat banyak promote blog korang kat gadis-gadis, mereka kan ayu bertudung, lagi-lagi aku tengok sekarang dah macam-macam jenis tudung ada siap buat kontest lagi, kan?? ^^
4. Kalau berBLOGWALKING tu, ringan-ringankan lah jari tu tinggalkan link korang dekat Shoutmix, Chatbox or Mister Linky's Magical Widgets. Ini memudahkan tuan punya blog datang ke blog korang. Blog-blog yang masih tak ada Shoutmix etc. wajib letak, ia memudahkan korang gak di kemudian hari.
5. Buat link exchange / banner exchange dengan blog lain.
6. Rajin-rajinkan diri tu komen kat blog orang. Komen tu biarlah yang bernas dan membina serta jangan sesekali memberi komen yang menjatuhkan satu-satu blog itu di sebabkan secara tak langsung tuan punya blogger lebih bersemangat untuk membuat posting lagi dan siapa tahu dia akan datang ke blog korang dan memberi komen semula?? ^^
7. Buat page contact us untuk mendapatkan feedback dan komen dari pengunjung.
8. Cipta dan sebarkan tagline blog anda contohnya Lebih Hangat Dari Biasa, Terbaik dari ladang, Bukan sebarangan. Ini memudahkan pelawat mengingati blog anda. Terbaru ARJUNA KASIH SEDIA MEMBANTU..hahaha...
9. Dapatkan PageRank (PR) yang baik di dalam Google dan Search Engine.
10. Gunakan function RSS supaya orang lain boleh subscribe. Contohnya boleh baca melalui e-mel. Korang boleh masukkan e-mel ke dalam kotak di bahagian atas blog ni kalau nak langgan melalui emel.(Bajet blog macam best je orang nak langgan ^_^)
11. Gunakan domain yang ringkas simple, mudah diingati dan mesra alam Contohnya arjunakasih23.blogspot.com (hehehe..cuma contoh) ^^
12. Promosi melalui signature email.
13. Promosikan dengan mudah blog korang pada laman sosial seperti Facebook, Myspace,Tagged, Twitter and so much more. ^^
14. Submit URL blog anda di Directory Listing seperti rakanblog.com, blogmalaysia.com, gengblogger dll.
15. Submit URL di search engines. Contohnya Google, Yahoo, Alexa, MSN dll.
16. User friendly. Jangan buat blog korang macam kayu balak! Nak loading lambat jer. Kesian dekat blogger-blogger yang internetnya tak berapa nak laju. Caranya kurangkan letak widget dan flash kat blog korang. Dengan ini blog korang akan menjadi lebih laju dan lancar, orang nak masuk blog korang pun suka hati je..^^
Opsssss..macam dah banyak aku merapu kali ini..okey lah setakat ini dulu sahaja aku tulis pasal cara nak promosikan blog korang, kalau ada lagi nanti aku tulis lagi ye....tq -arjuna kasih sedia membantu-
Ulasan