HARGAILAH ISTERImu

HARGAILAH INSAN YANG BERGELAR ISTERI
Semasa Rasulullah sallallahu alaihi wasallam marah kerana arahannya untuk bertahallul dengan cukur rambut dan sembelih binatang korban tidak dipatuhi oleh para sahabatnya... Siapakah yang memberi nasihat kepadanya? Siapakah yang memberi solusi kepadanya?
ISTERInya Ummu Salamah radiyallahu 'anha! 
Justeru, wahai sahabatku yang bergelar SUAMI! Hargailah ISTERImu bila dia cuba memahami situasimu...



Hargailah ISTERImu bila dia cuba merasai kesusahanmu...
Hargailah ISTERImu bila dia bertanya kepadamu...
Hargailah ISTERImu bila dia cuba memberimu solusi...

Jawablah pertanyaannya...
Berbuallah dengannya...
Berbincanglah dengannya...
Dengarlah pendapatnya...
Hayatilah solusi daripadanya...


ADAKAH......
Anda lebih baik daripada Rasulullah sallallahu alaihi wasallam?

LALU.......
Adakah anda tidak perlu mendengar pendapat ISTERImu dan tidak perlu menghayati solusi daripadanya?
Sahabatku yang bergelar SUAMI...
Tiada syak bahawa anda tidaklah lebih baik daripada Rasulullah sallallahu alaihi wasallam,
Namun anda telah diselubungi EGOKEBODOHAN dan 
KEANGKUHAN serta tabiat IBLIS;
Jika anda menafikan ISTERImu dan tidak menghargainya...Jadi??
AYUH..AYUH..AYUH !!!
Masih belum terlambat untuk kamu menghargai ISTERImu...
Buang keegoan yang merugikan itu...
Kembalilah kepada petunjuk Nabimu...
Baginda menghargai isterinya...
Kita yang bergelar SUAMI juga adalah wajar menghargai insan yang bergelar ISTERI 


Ulasan

Catatan Popular